ejek | (éjék); mengejek mempersendakan (mempermainkan, mentertawakan) orang (dgn mengajuk, mengeluarkan kata-kata yg memarahkan dll), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina, menyindir: engkau yg ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya engkau; ejek-mengejek salin | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ejek | /éjék/; mengejek mempermainkan atau mempersendakan orang dgn tingkah laku atau dgn kata-kata yg dpt menimbulkan kemarahan; memperolok-olokkan utk menghina: Kerana engkau yg ~ dia tadi, maka engkau ditempelengnya. ejekan kata-kata yg dituturkan atau sesuatu yg dilakukan utk mengejek; sindiran yg menghina: nama ~ nama yg diberikan kpd seseorang dgn tujuan utk mengejek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ejek | /éjék/;mengejek mempermainkan atau mempersendakan orang dgn tingkah laku atau dgn kata-kata yg dpt menimbulkan kemarahan; memperolok-olokkan utk menghina: Kerana engkau yg ~ dia tadi, maka engkau ditempelengnya. ejekan kata-kata yg dituturkan atau sesuatu yg dilakukan utk mengejek; sindiran yg menghina: nama ~ nama yg diberikan kpd seseorang dgn tujuan utk mengejek. | Kamus Pelajar |
ejek-mengejek | saling mengejek antara satu sama lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelakkan | mentertawakan, mengejek-ejek: mereka itu ~ dan mengejek-ejek dia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelak | tertawa besar: kerana lucu ia ~ terbahak-bahak; ~ manis tertawa dgn senyum; ~ nabi senyum yg mengejek; ~ sumbing ketawa yg tidak sungguh-sungguh; ~ tertawa = ~-~ ketawa tertawa kuat-kuat; menggelakkan mentertawakan, mengejek-ejek: mereka itu ~ dan mengejek-ejek dia;tergelak tertawa dgn tidak sengaja; bagai ~ sedang kematian prb Mn keadaan yg susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berejekan | ejek-mengejek: antara mereka saling ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dajat | Kd ejek, perli, usik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperli | 1. menyindir, mengejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memerli | 1. menyindir, mengejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |