berkusu-kusu | berduyun-duyun, berekor-ekor dgn berkelompok-kelompok (spt penonton yg keluar beramai-ramai dr panggung wayang), berpusu-pusu: jamuan sudah habis dan tetamu turun ~ dr rumah itu pulang ke rumah masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kusu I | ; berkusu-kusu berduyun-duyun, berekor-ekor dgn berkelompok-kelompok (spt penonton yg keluar beramai-ramai dr panggung wayang), berpusu-pusu: jamuan sudah habis dan tetamu turun ~ dr rumah itu pulang ke rumah masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekor | /ékor/ 1. bahagian tulang belakang yg menganjur ke luar dr punggung dan dpt digerak-gerakkan (spt yg terdapat pd binatang): Anjing itu menggerak-gerakkan ~ nya. 2. penjodoh bilangan bagi binatang:se ~ lembu. 3. sesuatu yg rupanya atau keadaannya spt ekor I: ~ layang-layang. 4. bahagian yg di belakang sekali (bkn perarakan dll): ~ perarakan itu masih belum bergerak tetapi kepalanya sudah lama berlepas. ~ belangkas a. bayonet yg bentuknya spt ekor belangkas. b. cucuk sanggul yg bentuknya spt ekor belangkas. ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi. ~ kuda fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. ~ lipas rambut pd lekuk tengkuk. ~ mata sudut mata. ~ tikus kikir yg bulat panjang. berekor 1. ada ekornya. 2. ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang; berlarut-larut: Kamu semua hendaklah berjalan ~. mengekor 1. bergantung (berjuntai) spt ekor. 2. mengikut atau menyertai dr belakang: Ibunya berjalan dahulu, dia ~ di belakang. mengekori 1. mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2. mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ segala gerak-gerinya. ekoran akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. pengekor orang yg mengikut (satu-satu ajaran); penganut. | Kamus Pelajar |
ekor | /ékor/ II; ~ kucing nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya spt ekor kucing), Acalypha sanderiana. | Kamus Pelajar |
ekor I | /ékor/ 1 bahagian tulang belakang yg menganjur ke luar dr punggung dan dpt digerak-gerakkan (spt yg terdapat pd binatang): Anjing itu menggerak-gerakkan ~nya. 2 penjodoh bilangan bagi binatang: se~ lembu. 3 sesuatu yg rupanya atau keadaannya spt ekor 1: ~ layang-layang. 4 bahagian yg di belakang sekali (bkn perarakan dll): ~ perarakan itu masih belum bergerak tetapi kepalanya sudah lama berlepas. ~ belangkas a. bayonet yg bentuknya spt ekor belangkas. b. cucuk sanggul yg bentuknya spt ekor belangkas. ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi. ~ kuda fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. ~ lipas rambut pd lekuk tengkuk. ~ mata sudut mata. ~ tikus kikir yg bulat panjang. berekor 1 ada ekornya. 2 ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang; berlarut-larut: Kamu semua hendaklah berjalan ~. mengekor 1 bergantung (berjuntai) spt ekor. 2 mengikut atau menyertai dr belakang: Ibunya berjalan dahulu, dia ~ di belakang. mengekori 1 mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2 mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ gerak-gerinya. ekoran akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. pengekor orang yg mengikut (satu-satu ajaran); penganut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ekor II | /ékor/; ~ kucing nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya spt ekor kucing), Acalypha sanderiana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berekor | 1. mempunyai ekor, ada ekor; 2. ki berterusan akibatnya (kesannya dsb), berpanjangan, berlanjutan: baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dlm mahkamah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandan ekor | tempat tumbuh bulu ekor kuda (kerbau): ekor kuda putih itu hitam se~nya hitam seluruhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandan | 1. tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll); se~ segugus (pisang, pinang, dll); 2. = ~ ekor tempat tumbuh bulu ekor kuda (kerbau): ekor kuda putih itu hitam se~nya hitam seluruhnya; bertandan ada tandannya; bertandan-tandan banyak tandan: buah kelapa keluar ~ di pangkal pelepahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekor III | (ékor); murai (merbah) ~ gading sj burung, Terpsiphone paradisi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |