eksplisit | (éksplisit) (dinyatakan) dgn tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat: arahan yg ~; Kemala secara implisit dan ~ mempertentangkan unsur kesetiaan dgn pengkhianatan dan ketidakjujuran; mengeksplisitkan menjadikan eksplisit: semua pembicara adat berusah | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeksplisitkan | menjadikan eksplisit: semua pembicara adat berusaha ~ konsep ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denotasi | (dénotasi) (Lin) 1. makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
implisit | (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat: hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara ~ mahupun eksplisit; mengimplisitkan menjadikan implisit: itulah harapannya yg diimplisitkan dlm karyanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domain | 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tumpuan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |