eksponen | (éksponen) (Mat) simbol yg ditulis di atas dan di kanan simbol lain utk menunjukkan setakat mana simbol yg terkemudian itu dinaikkan nilainya, spt dlm x3. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelicinan eksponen(exponential smoothing) | Pelicinan graf secara berterusan bagi data berpemberat yang dilakukan secara eksponen mengikut masa. | Kamus Komputer |
E | Simbol yang digunakan dalam bahasa pengaturcaraan komputer aras tinggi untuk mewakili eksponen. Simbol ini digunakan dalam rangkap nombor titik terapung sebagai singkatan bagi ganda kuasa. 54E4 bermakna 54.0 X 10 ganda kuasa 4. | Kamus Komputer |
ciri(characteristic) | 1. Sifat yang dipunyai oleh peranti atau objek. 2. Nilai eksponen bagi nombor yang dinormalkan. | Kamus Komputer |
karet(caret) | 1. Simbol yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan titik radiks sesuatu nombor. 2. Tanda `^` atau `>` yang digunakan sebagai penggesa untuk memasukkan teks pada skrin. 3. Tanda bagi menyatakan eksponen. | Kamus Komputer |
tatatanda titik terapung(floating-point notation) | Tatatanda untuk menyatakan nombor sahih dalam suatu format +/- m ´ R kuasa e apabila m ialah mantisa, R ialah radiks atau asas, dan e ialah eksponen atau kuasa. Dalam tatatanda ini nombor sahih yang besar boleh disingkatkan kepada bentuk yang lebih pendek | Kamus Komputer |