eksport | /éksport/ 1 perbuatan menghantar atau mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: ~ getah ke Rusia semakin bertambah. 2 barang-barang dagangan yg dihantar ke luar negara: ~ utama Malaysia ialah getah dan bijih timah. mengeksport mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara Barat. pengeksportan hal atau kerja mengeksport: Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. pengeksport orang (negara dll) yg mengeksport barang-barang dagangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eksport | (éksport) 1. penghantaran barangbarang atau perkhidmatan ke luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang; dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2. barang-barang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eksport | /éksport/ 1. perbuatan menghantar atau mengirim barang-barang dagangan ke luar negeri: ~ getah ke Rusia semakin bertambah. 2. barang-barang dagangan yg dihantar ke luar negeri: ~ utama Malaysia ialah getah dan bijih timah. mengeksport mengirim barang-barang dagangan ke luar negeri: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara barat. pengeksportan hal atau kerja mengeksport:Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. pengeksport orang (negara dll) yg mengeksport barang-barang dagangan. | Kamus Pelajar |
eksport semasa | (Eko) eksport yg sedang berjalan pd masa ini (sekarang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eksport berkembang | (Eko) eksport yg semakin bertambah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eksport data(data export) | Kemampuan untuk menghantar keluar data dari sesebuah pangkalan data dalam bentuk yang boleh dibaca oleh atur cara lain. | Kamus Komputer |
eksport(export) | Menghantar keluar maklumat atau data dari suatu atur cara dalam bentuk yang boleh dibaca oleh atur cara lain. Bandingkan import. | Kamus Komputer |
cukai | bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ eksport cukai yg dikenakan terhadap barang yg dieksport. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cukai eksport | cukai yg dikenakan terhadap barang yg dieksport. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duti eksport | duti yg dikenakan pd barang yg dieksport; | Kamus Dewan Edisi Keempat |