elak | /élak/; mengelak 1 bergerak ke sisi dsb supaya tidak terkena pukulan dll; menghindar: Kalau tidak lekas-lekas ~, tentu saya mati ditikamnya. 2 mencari jalan supaya lepas drpd tuduhan (tanggungjawab dll): Betapa pun sukarnya kerja itu, aku tidak akan ~. mengelakkan 1 menghindarkan diri (drpd terkena pukulan dll): Beliau melompat ~ tikaman itu. 2 melarikan diri drpd mengerjakan sesuatu: Abu selalu ~ diri drpd bekerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
elak | (élak); mengelak 1. menjauhkan diri drpd kena pukulan (tikaman dll), menghindar, menyisi: setelah puas ia ~, tibalah gilirannya pula utk menyerang lawannya; 2. menjauhkan atau membebaskan diri drpd melakukan (atau terpaksa melakukan) sesuatu (tanggungjawa | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elak | /élak/; mengelak 1. bergerak ke sisi dsb supaya tidak terkena pukulan dll; menghindar: Kalau tidak lekas-lekas ~, tentu saya mati ditikamnya. 2. mencari jalan supaya lepas drpd tuduhan (tanggungjawab dll): Betapa pun sukarnya kerja itu, aku tidak akan ~. mengelakkan 1. menghindarkan diri (drpd terkena pukulan dll):Beliau melompat ~ tikaman itu. 2. melarikan diri drpd mengerjakan sesuatu: Abu selalu ~ diri drpd bekerja. | Kamus Pelajar |
slip | kepingan kertas yg kecil panjang: Elak drpd menampal ~ pd manuskrip itu. ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendekar | (pendékar) 1. orang yg pandai bersilat (bermain senjata dll); 2. jaguh, pahlawan: segala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah terhingga lagi; ~ lidah (kata) orang yg pandai berbahas, ahli pidato (syarah); ~ pena orang yg pandai menulis rencana dll di surat khabar; ~ pulut Kl ahli pencak silat yg mengambil kesempatan utk mendapat rezeki drpd pengetahuannya; ~ sambal Kl pendekar yg pengecut dan mudah ditewaskan; ~ elak jauh prb orang yg amat berhati-hati dan sentiasa bersedia mengelakkan diri drpd bahaya; tiada ada ~ yg tak bolos, tak ada juara yg tak kalah prb bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya membuat kesilapan (kesalahan dll) jua; kependekaran perihal (sifat) pendekar: masing-masing cuba menunjukkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |