Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.ma/] | امق

Definisi : orang yg melahirkan seseorang, ibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.ma/] | امق

Definisi : perempuan yg melahirkan kita; ibu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emak

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecil1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mamibp 1. ibu, emak; 2. emak saudara; 3. pe­rempuan yg mengawasi dan menjadi perantara kpd perempuan lacur dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
emak kecilemak saudara yg masih muda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
emak bongsuemak saudara yg termuda;Kamus Dewan Edisi Keempat
nenek(nénék) 1. orang tua kpd emak atau ayah (umumnya emak kpd ibu atau bapa); datuk ~ nenek moyang; saudara se~ saudara sepupu; 2. = nenek-nenek panggilan umum kpd perempuan yg sudah tua: ~ kebayan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil1. tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2. masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3. tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4. tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1. menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2. menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran:Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. kecil hati 1. tersinggung (bkn perasaan); marah. 2. tawar hati. berkecil hati 1. berasa tersinggung; agak marah. 2. berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan; membangkitkan kemarahan.Kamus Pelajar
bongsu1. yg paling muda (bkn anak), terkecil, lwn sulung; anak ~ = si ~ anak yg termuda; bapak ~ = pak su bapa saudara yg termuda; emak ~ = mak su emak saudara yg termuda; 2. yg akhir sekali tumbuh; geraham ~ geraham yg terakhir tumbuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
emakperempuan yg melahirkan kita; ibu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
emakorang yg melahirkan seseorang, ibu.Kamus Dewan Edisi Keempat
emakperempuan yg melahirkan kita; ibu.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas