kecil | 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mami | bp 1. ibu, emak; 2. emak saudara; 3. perempuan yg mengawasi dan menjadi perantara kpd perempuan lacur dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
emak kecil | emak saudara yg masih muda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
emak bongsu | emak saudara yg termuda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenek | (nénék) 1. orang tua kpd emak atau ayah (umumnya emak kpd ibu atau bapa); datuk ~ nenek moyang; saudara se~ saudara sepupu; 2. = nenek-nenek panggilan umum kpd perempuan yg sudah tua: ~ kebayan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecil | 1. tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2. masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3. tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4. tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1. menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2. menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran:Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. kecil hati 1. tersinggung (bkn perasaan); marah. 2. tawar hati. berkecil hati 1. berasa tersinggung; agak marah. 2. berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan; membangkitkan kemarahan. | Kamus Pelajar |
bongsu | 1. yg paling muda (bkn anak), terkecil, lwn sulung; anak ~ = si ~ anak yg termuda; bapak ~ = pak su bapa saudara yg termuda; emak ~ = mak su emak saudara yg termuda; 2. yg akhir sekali tumbuh; geraham ~ geraham yg terakhir tumbuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
emak | perempuan yg melahirkan kita; ibu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
emak | orang yg melahirkan seseorang, ibu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
emak | perempuan yg melahirkan kita; ibu. | Kamus Pelajar |