Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.mas] | امس

Definisi : 1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang (mengandungi 161 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia; ~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~ lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; ~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a) emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai emas yg halus-halus spt pasir rupanya; ~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masingmasing; bermimpi mendapat ~ takkan mem-buat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua; beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan; mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik; peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : Jw 1. panggilan yg sama dgn tuan; 2. panggilan yg mesra (spt drpd isteri kpd suami dll); ~ merah panggilan kpd kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : sj ikan darat (biasanya dijadikan peliharaan), Carassius auratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : 1 logam berwarna kuning yg sangat berharga (biasanya dibuat perhiasan, spt cincin). 2 ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga dll): Masa itu ~. ~ bertitik emas yg ditempa. ~ bertuang emas yg dicetak. ~ kahwin wang dll yg wajib diberikan oleh pengantin lelaki kpd bakal isterinya pd masa nikah; mahar. ~ kerajang kertas tipis yg dibuat drpd emas dan digunakan utk perhiasan atau tulisan. ~ lombong emas yg ada di dlm batu-batu. ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya. ~ putih aloi atau pancalogam emas dgn nikel (paladium atau zink) yg warnanya seakan-akan platinum. ~ sepuluh mutu emas tulen (emas 24 karat). ~ tempawan a. emas yg ditempa. b. panggilan kpd perempuan yg cantik dan yg dikasihi. ~ tua emas yg tidak bercampur. ~ urai emas yg halus-halus spt pasir. beremas 1 memakai (mempunyai) emas. 2 berharta benda. mengemasi 1 melapis atau menyalut dgn emas. 2 memberi rasuah; menyogok. keemasan 1 disalut dgn emas; dibuat drpd emas; serba emas. 2 spt warna emas: Naga-naga itu diperintah oleh seekor raja naga yg berwarna ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emas

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Hujan emas di negeri orang,
     hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri,
baik juga di negeri sendiri.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
karat II1 ukuran utk menentukan kadar emas: emas 24 ~ emas tulen (tidak bercampur); emas 20 ~ emas campuran yg terdiri drpd emas tulen 20 bahagian dan campurannya (logam-logam lain) 4 bahagian. 2 ukuran berat utk berlian (intan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sepukalsegumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat);Kamus Dewan Edisi Keempat
pukal1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat); memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas.Kamus Dewan Edisi Keempat
kimpalpadu (tidak kosong dalamnya), padat; emas ~ emas tempaan atau emas yg telah di­buat sesuatu (bukan emas urai); mengimpal 1. memukul atau menitik (emas dll) utk dibuat sesuatu, menempa (emas dll); 2. mencantumkan (menyambung) besi dll dgn jalan memanaskan dan memukulnya; kimpalan 1. cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam spt besi dll yg terbentuk secara mengimpalkannya; 2. hasil perbuatan mengimpal; pengimpalan proses atau perbuatan me­ngimpal; pengimpal orang yg mengimpal, tukang kim­pal.Kamus Dewan Edisi Keempat
matuukuran berat utk menentukan ketulenan emas; emas sepuluh ~ emas yg tulen; mematukan menentukan jenis emas (tua atau muda); mutu IV.Kamus Dewan Edisi Keempat
karat II1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang).Kamus Dewan Edisi Keempat
celuptidak asli; palsu. emas ~ emas saduran. tayar ~ tayar lama yg telah dibaharui bunganya. bercelup berlapis; bersalut: ~ emas berlapis atau bersadur emas. mencelup mewarnai sesuatu (spt kain) dgn memasukkannya ke dlm air berwarna: ~ kain dgn warna biru. mencelupkan memasukkan sesuatu ke dlm cecair: ~ mata pen ke dlm dakwat. celupan apa-apa yg sudah dicelup; hasil mencelup. pencelup 1 bahan atau air berwarna utk mencelup. 2 orang yg kerjanya mencelup; tukang celup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
titik IIIbertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa; menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) ber­kali-kali, menempa: orang yg hendak di­hukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
emas sepukalemas sebongkah, emas kimpal, emas tampan;Kamus Dewan Edisi Keempat
lantak1. pukul (supaya masuk, padat, dll), pantak; emas ~ emas yg berbatang-batang; senapang ~ senapang yg ubat bedilnya diisi dr mulut; 2. membuat sesuatu dgn sesuka hati: biar ~ dia berbuat begitu; melantak 1. memukul kuat-kuat, meng­hentam, memantak: dilantak kepalanya ke dinding; 2. bk melakukan sesuatu dgn sesuka hati (cepat-cepat, gelojoh, sungguh-sungguh dsb), menggasak: di belakang kami, mereka itu ~ sate dan semua makanan yg terhidang; melantakkan memasukkan sesuatu dgn dipukul (dipantak dll), memantakkan; lantakan; emas ~ emas lantak; senapang ~ senapang lantak; pelantak besi penghentak peluru senapang (meriam dll), tukul, antan pelocok (bomba dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas