Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.bun.em.bun] | امبون٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, Scaevola frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embun-embun

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Seperti embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Kasih sayang yang lekas hilang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
embun-embunsj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, Scaevola frutescens.Kamus Dewan Edisi Keempat
jantan1 jenis kelamin yg berlawanan dgn betina (digunakan utk binatang atau utk tumbuh-tumbuhan): Ayam ~ mempunyai susuh di kaki. Betik ~ tidak berbuah. 2 gagah; berani; handal: Sesiapa yg ~ di antara kamu, marilah! 3 mempunyai sifat yg lebih (besar, kasar dsb) drpd biasa: embun ~ embun yg kasar titisannya. kejantanan sifat jantan (spt keberanian; kegagahan dsb); kelelakian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jantan1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang, tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya berbunga tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa yg ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat laki-laki (besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip; embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas; pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya; berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn orang laki-laki; menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang); kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berembun1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~; 2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam;Kamus Dewan Edisi Keempat
embun1. wap air yg turun pd waktu malam (kerana sejuk); 2. wap air yg telah mengendap menjadi titik-titik (pd daun dll); ~ asap kabus atau embun halus spt asap pd malam hari; ~ betina = ~ rintik embun yg kecil-kecil titiknya; ~ jantan = ~ lebat embun yg besar titiknya; ~ pagi kabut pd waktu pagi; kering ~ waktu apabila embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi); spt ~ di hujung rumput prb tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dll); spt ~ di atas daun prb selalu berubah (maksud, niat, tujuan); berembun 1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~; 2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam; mengembun 1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yg halus: malam sudah sejuk dan udara mulai ~; 2. spt embun, menyerupai embun; mengembuni mengenai sesuatu dgn bertitik-titik: air matanya ~ gambar suami yg terletak di depannya; mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena embun: ~ mengkuang pd waktu malam.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengembun1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yg halus: malam sudah sejuk dan udara mulai ~; 2. spt embun, menyerupai embun;Kamus Dewan Edisi Keempat
embun1 titik-titik air yg turun dr udara pd malam hari (kerana sejuk). 2 titik-titik air yg terdapat pd daun-daun pd pagi hari. ~ asap embun halus atau kabus spt asap pd malam hari. ~ betina (rintik) embun yg kecil-kecil titiknya. ~ jantan (lebat) embun yg besar titiknya. ~ pagi kabut pd waktu pagi hari. berembun 1 disaput embun; ada embunnya: Daun-daun dan rumput-rumput masih ~. 2 kena embun kerana berada atau berjalan di luar rumah pd malam hari: Siang berpanas, malam ~. mengembun menjadi (menyerupai) embun: Apabila sudah cukup sejuknya, maka udara yg lembap itu ~. mengembuni membasahi dgn embun. memperembunkan meletakkan sesuatu di luar rumah supaya kena embun; membiarkan berembun: Mengkuang itu diperembunkan dahulu sebelum dijemur. Bomoh ~ semangkuk air utk dijadikan ubat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
embun asapembun halus atau kabus spt asap pd malam hari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
embun jantanembun yg titiknya besar (kasar);Kamus Dewan Edisi Keempat
embun lebatembun yg besar titiknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas