empar | /émpar/; mengempar hanyut menyimpang dr tujuan (bkn perahu dll); miring atau menyerong ke luar: berjalan ~ berjalan dgn kaki menghala ke luar. mengemparkan ist memisahkan pepejal dr cecair atau memisahkan campuran cecair yg mempunyai ketumpatan yg berlainan (mis krim dr susu), secara putaran mendatar yg laju. emparan 1 putaran mendatar yg laju. 2 kaedah yg digunakan utk mengasingkan minyak drpd buah (spt kelapa sawit). pengemparan ist proses mengemparkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
empar | (émpar); mengempar hanyut keluar dr arah yg dituju (bkn perahu dll), menyerong keluar, bergerak (berpusing) keluar dr pusatnya; berjalan ~ berjalan dgn kaki membuang (melangkah) keluar; mengemparkan (Fiz) memisahkan pepejal drpd cecair atau memisahkan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara putaran mendatar yg laju: dgn cara ~ darah beku ini, bahan tersebut dapat diperah keluar; pengemparan (Fiz) pemisahan pepejal drpd cecair atau pemisahan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara putaran mendatar yg laju; pengempar; alat ~ sj mesin yg berputar ligat (utk mengasing-asingkan benda-benda pejal drpd cecair atau cecair drpd cecair yg lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empar | /émpar/; mengempar hanyut menyimpang dr tujuan (bkn perahu dll); miring atau menyerong ke luar: berjalan ~ berjalan dgn kaki menghala ke luar. emparan kaedah yg digunakan utk mengasingkan minyak drpd buah (spt kelapa sawit). | Kamus Pelajar |
tabung empar | sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabung I | 1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara; ~ damak tabung (drpd buluh) tempat menyimpan damak; ~ darah badan yg mengumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk mendidihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar; T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran); menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos; penabungan perihal menabung wang, penyimpanan wang; penabung orang yg menabung (wang), penyimpan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |