empu | 1 gelar kehormatan yg bererti “tuan”. 2 orang yg ahli dlm sesuatu bidang (terutama ttg membuat keris). mengempu 1 memberi hormat kpd; menghormati. 2 mengasuh dan membimbing; mendidik. empuan wanita yg dihormati. tengku ~ gelar utk permaisuri raja (di beberapa buah negeri). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
empu III | Sr yg empunya, pemilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empu kaki | ibu jari kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empu jari | ibu jari tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empu II | ; ~ jari ibu jari tangan; ~ kaki ibu jari kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empu I | sl 1. tuan; 2. orang yg mahir (ahli) dlm sesuatu (terutama dlm membuat keris); mengempukan memerintah: setelah beberapa lamanya ~ negeri Acheh, maka Raja Muzafar Shah pun hilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empu | 1. gelar kehormatan yg bererti “tuan”. 2. orang yg ahli dlm sesuatu bidang (terutama ttg membuat keris). mengempu 1. memberi hormat kpd; menghormati. 2. mengasuh dan membimbing; mendidik. empuan wanita yg dihormati. tengku ~ gelar utk permaisuri raja (di beberapa buah negeri). | Kamus Pelajar |
ampu II | Mn empu; ~ kaki ibu jari kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tonjol | bengkak (pd kulit, dahi, dll), benjol, jendul; bertonjol, bertonjol-tonjol berbenjol-benjol, berjendul(-jendul): jerawat bertonjol-tonjol di mukanya; menonjol 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; menonjolkan 1. menjorokkan, menyorong-kan (ke muka): kutonjolkan empu jariku ke atas utk mengatakan semuanya berjalan baik; keretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena dinding rumahnya; 2. menge-luarkan supaya dilihat (nampak), menampak-kan (diri dll), menyembulkan, muncul: ~ kepala melalui tingkap; 3. mengemukakan (supaya diketahui dll), menjadikan jelas kelihatan, memperlihat-lihatkan, menyodor-kan: ia seorang yg suka menonjol-nonjolkan dirinya; kulit buku DBP juga hendaklah melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat dan kategori buku; tertonjol teranjur, tersembul: perutnya kelihatan ~; tonjolan sesuatu yg menonjol (ditonjolkan); penonjolan perihal menonjolkan: ~nya dlm filem itu sungguh berkesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahi I | 1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengandungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuangkan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |