enak-enakan | makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enak | (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit; seenak sama enaknya (dgn); seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll); keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enak | /énak/ 1 sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2 senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
enak | /énak/ 1. sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2. senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1. menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2. berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. | Kamus Pelajar |
mengenakkan | 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengenakkan | 1. menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2. berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. | Kamus Pelajar |
nyaman | 1 enak rasanya atau enak bunyinya; segar: Cuaca ketika itu sungguh ~. Air limau ~ rasanya. Lagu itu ~ didengar. 2 tidak sakit; cergas, segar: Badan saya kurang ~. menyamankan menjadikan nyaman; menyegarkan: Udara yg bersih di situ ~ badan. kenyamanan hal atau keadaan nyaman; kesegaran: ~ udara petang di tasik itu telah menenangkan hatinya. penyaman sesuatu yg menyamankan: ~ udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyaman | 1 enak rasanya atau enak bunyinya; segar: Air limau ~ rasanya. Lagu itu ~ didengar. 2 tidak sakit; cergas, segar: Badan saya kurang ~. menyamankan menjadikan nyaman; menyegarkan: Cuaca malam itu sungguh ~. kenyamanan hal atau keadaan nyaman; kesegaran: ~ udara petang di tasik itu telah menenangkan hatinya. penyaman sesuatu yg menyamankan: ~ udara. | Kamus Pelajar |
enak hati | senang hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lauk | 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam-macam lauk; 2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: tersangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |