enau | nama sj palma; kabung, Arenga saccharifera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
enau | sj tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera; ~ memanjat (mencari) sigai prb perempuan mendapatkan (mencari) lelaki; ~ sebatang dua sigainya prb a) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya; b) seorang perempuan yg menduakan suami; bagai ~ dlm belukar, melepaskan pucuk masing-masing prb tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan, hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja; mati ~ tinggal di rimba prb jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enau | nama sj palma; kabung, Arenga saccharifera. | Kamus Pelajar |
gula aren (enau, kabung) | gula drpd nira enau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gula I | benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mergat | enau, kabung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sagar | ijuk enau yg dpt dibuat kalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belolok | buah enau (kabung). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaung | (Sunda) enau, kabung; rokok ~ rokok yg digulung dgn daun kaung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belolok | buah enau, buah kabung, beluluk; dengar kata enggang, makan buah ~ prb jangan suka mendengar hasutan orang nanti mendapat kesukaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |