kejuruteraan perisian(software engineering) | Bidang ilmu dan kegiatan yang berkaitan dengan perekabentukan dan pembangunan perisian. | Kamus Komputer |
kejuruteraan pengetahuan(knowledge engineering) | Bidang yang berkaitan dengan penggunaan pengetahuan dalam sistem komputer bagi menyelesaikan masalah rumit yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia untuk menyelesaikannya. | Kamus Komputer |
kejuruteraan komputer(computer engineering) | Bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan reka bentuk, pembinaan, dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian sistem komputer. | Kamus Komputer |
kejuruteraan insan(human engineering) | Lihat ergonomik. | Kamus Komputer |
kejuruteraan bantuan komputer(computer-assisted engineering) | Bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam membantu kerja kejuruteraan. Singkatan CAE. | Kamus Komputer |
CAE | Singkatan bagi computer-assisted engineering. Lihat kejuruteraan bantuan komputer. | Kamus Komputer |