entri | /éntri/ kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt sebutan, kelas kata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
entri | (éntri) 1. perkara (butiran, maklumat, dll) yg dimasukkan ke dlm sesuatu senarai (rakaman dll): semua ~ disusun mengikut susunan abjad; 2. karya (ciptaan dll) yg dikemukakan utk menyertai sesuatu pertandingan dsb: drpd beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13 buah sahaja yg berjaya memenangi hadiah anjuran ESSO-GAPENA; 3. kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt kelas kata, etimologi dsb, kata masukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subentri | /subéntri/ entri kamus yg merupakan turunan drpd entri utama, mis bermain yg terbit drpd entri utama main. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subentri | (subéntri) kata masukan atau entri kamus yg merupakan turunan drpd entri utama (pokok), mis memasak yg terbit drpd entri utama masak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
entri tertangguh(deferred entry) | Masukan tertangguh sesuatu proses ke dalam subrutin kerana terpaksa menunggu kawalan dipindahkan dari atur cara utama atau subrutin lain apabila peristiwa tak segerak yang ditunggu tiba. | Kamus Komputer |
entri pembilang(counter entry) | 1. Data input yang digunakan oleh pembilang. 2. Tahap permulaan proses pembilangan. | Kamus Komputer |
entri data(data entry) | Lihat pemasukan data. | Kamus Komputer |
fungsi bersihkan entri(clear entry function) | Fungsi untuk membersihkan entri data. | Kamus Komputer |
merujuksilangkan | merujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dsb) kpd sesuatu (kata, bahagian buku dsb) yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: setiap entri haruslah dirujuksilangkan dgn entri lain yg bersinonim dengannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata entri | = kata masukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |