estet | /éstét/ ladang atau kebun yg luasnya lebih drpd seratus ekar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
estet | (éstét) 1. ladang atau kebun (getah, kelapa, dll) yg luasnya lebih drpd seratus ekar; 2. kawasan yg sudah dimajukan dgn pembinaan bangunan (kilang dsb); ~ perindustrian kawasan yg dimajukan utk keperluan perindustrian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
estet | /éstét/ ladang atau kebun yg luasnya lebih drpd seratus ekar. | Kamus Pelajar |
estet perindustrian | kawasan yg dimajukan utk keperluan perindustrian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah pegangan pajak | tanah (ladang, estet) yg dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah milik bebas | tanah (ladang, estet) yg boleh dimiliki utk selama-lamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rali | 1. perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di estet, jalan raya dsb: dia pernah menyertai ~ kereta klasik antarabangsa Bejing-Paris; 2. (Eko) kenaikan harga saham dsb secara keseluruhan selepas mengalami suatu kejatuhan; ~ teknikal kenaikan secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan saham utk jangka masa pendek dlm pasaran semasa pasaran menurun; 3. (Suk) pertukaran pukulan antara pemain dlm beberapa siri sehingga satu mata diperoleh spt dlm permainan badminton dan skuasy. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkasta-kasta | terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ladang | 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. | Kamus Pelajar |
subur | 1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan): anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak mengandungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk: pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah mendapat rezeki, murah rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~ dgn menggunakan carta khas; menyubur tumbuh dgn subur; menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; mempersubur menjadikan lebih subur; kesuburan 1. perihal subur: kerana hawanya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; ketidaksuburan keadaan tidak subur; penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyuburkan, pemupukan: ~ akal; penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |