biaya | 1. belanja, ongkos (utk sesuatu): selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; 2. bantuan kewangan drpd kerajaan utk menutup sebahagian drpd perbelanjaan sesuatu pertubuhan dll; membiayai membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; membiayakan membelanjakan, mengongkoskan: maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu drpd mereka itu; biayaan (yg) dibiayai oleh: institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang; pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; pembiaya orang atau pihak yg membiayai: di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yg bertindak sbg pelindung, penaung, dan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faedah | (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faedah | /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
faedah | /faédah/ 1. sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2. sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung:Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3. sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. | Kamus Pelajar |
faedah terakru | faedah terkumpul yg belum dijelaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terakru | 1. (Eko) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit (bkn belanja, faedah, aset dsb): aset ~; faedah ~; 2. (Udg) perlu dijelaskan atau diserahkan kpd empunya hak atau tuntutan: apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yg ~ kpd orang itu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akru | ; terakru 1. (Eko) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit (bkn belanja, faedah, aset dsb): aset ~; faedah ~; 2. (Udg) perlu dijelaskan atau diserahkan kpd empunya hak atau tuntutan: apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yg ~ kpd orang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analisis kos faedah | (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guna I | 1 sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2 tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3 sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~, jangan ditolong. ~ sama dpt dimanfaatkan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb). ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. kebergunaan perihal atau keadaan berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah memang tidak dpt dinafikan. menggunakan 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. gunaan (bkn bidang pelajaran) yg ada kaitan dgn faedah atau guna secara praktikalnya berbanding dgn bidang teorinya. sains ~ sains yg berkaitan dgn faedah secara praktikalnya. matematik ~ matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. kegunaan 1 hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2 yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manfaat | 1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa pun; 2. untung, laba; bermanfaat berguna, berfaedah: apa yg di-lakukan mereka memang ~ bagi bangsa; memanfaatkan menggunakan sebaik-baiknya (utk atau dgn cara yg mendatangkan faedah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca; kemanfaatan 1. guna, faedah, manfaat: se-tiap sesuatu yg mendatangkan ~ dgn ke-baikan hendaklah dilindungi dan diusaha-kan; 2. kebaikan, kegunaan; pemanfaatan perihal atau perbuatan memanfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |