kabinet II | (kabinét) 1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb) tempat menyimpan pinggan mangkuk dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nama fail(file name) | Label atau gelaran yang terdiri daripada perkataan terhad yang digunakan untuk membezakan fail tersebut daripada fail lain. Nama fail ini biasanya mempunyai beberapa medan untuk memberitahu kedudukan, taraf, dan jenis fail tersebut. | Kamus Komputer |
fail boleh diakaun(accountable file) | Fail komputer yang akan diambil kira apabila penilaian penggunaan sistem dibuat. Contoh fail ini ialah fail kekal yang memegang teks yang tersimpan dalam cakera sistem. Fail sementara tidak dikira. | Kamus Komputer |
penyenggaraan fail(file maintenance) | Proses mengemaskinikan fail dengan menambah, membuang, atau menukarkan data dalam fail atau mengubahkan taraf fail. | Kamus Komputer |
fail gendong(piggyback file) | 1. Fail yang hujungnya boleh ditambah dengan rekod tanpa membuka keseluruhan fail atau mengambil ruang storan tambahan. 2. Fail kecil yang dicantumkan pada fail utama. | Kamus Komputer |
sandar fail(file backup) | 1. Salinan fail yang boleh digunakan untuk menggantikan fail utama yang rosak, hilang, atau terpadam. 2. Tindakan mempenduakan fail utama untuk membolehkan lebih daripada satu salinan wujud bagi sesuatu fail. Tindakan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan. | Kamus Komputer |
fail perincian(detail file) | Fail yang mengandungi maklumat, yang lebih berbentuk sementara atau semasa, seperti rekod urus niaga perseorangan pada sesuatu ketika. Sinonim fail urus niaga. Bandingkan fail induk. | Kamus Komputer |
fail aktif(active file) | Fail, antara beberapa fail terbuka, yang sedang digunakan oleh pemproses untuk menulis atau membaca kandungannya. | Kamus Komputer |
fail cakera(disk file) | 1. Fail komputer yang diformatkan untuk kegunaan sistem cakera. 2. Fail komputer dalam bentuk cakera komputer. 3. Fail yang mengandungi senarai nama dan maklumat tentang cakera. | Kamus Komputer |
pustakawan fail(file librarian) | Orang atau atur cara yang bertugas menyimpan dan menyerahkan mana-mana fail daripada kumpulan fail tersusun kepada pengguna atau atur cara yang memerlukannya. | Kamus Komputer |