fakta adjudikasi | (Udg) perkara fakta berkaitan dgn pihak-pihak dlm prosiding pentadbiran berbanding dgn fakta-fakta perundangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beranalogikan | menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulatif | (spékulatif) 1. dgn pemikiran semata-mata, secara teori, berdasarkan atau bersifat spekulasi (tidak berasaskan faktafakta); 2. bersifat spekulasi (dgn mengadu untung sahaja), berasaskan harapan akan memperoleh keuntungan besar walaupun terpaksa menanggung risiko (bkn kegiatan jual beli). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulasi | (spékulasi) 1. perenungan, tafakur; 2. pendapat (kesimpulan, dugaan, dll) yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta; 3. perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dll) dgn harapan utk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula; berspekulasi membuat spekulasi: saya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi; penspekulasi orang yg membuat spekulasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memutarbelitkan | mengubah-ubah janji (kebenaran, perkataan, dsb) dgn tujuan utk menipu dsb: kita tidak harus ~ fakta-fakta sejarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakta | 1. sesuatu yg benar-benar berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu; ~ adjudikasi (Udg) perkara fakta berkaitan dgn pihak-pihak dlm prosiding pentadbiran berbanding dgn fakta-fakta perundangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analogi | kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan); beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya; menganalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putar belit | akal (tipu muslihat, tipu daya, dll) yg berbelit-belit: berita itu mengandungi segala macam ~; berputar belit berlaku tidak jujur, berubah-ubah janjinya dll; memutarbelitkan mengubah-ubah janji (kebenaran, perkataan, dsb) dgn tujuan utk menipu dsb: kita tidak harus ~ fakta-fakta sejarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakta | butir-butir yg benar bkn sesuatu: Kita boleh menggunakan ~ ini utk menyukat kekuatan arus elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fakta | butir-butir yg benar bkn sesuatu: Kita boleh menggunakan ~ ini utk menyukat kekuatan arus elektrik. | Kamus Pelajar |