fanatik | terlalu berlebihan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (politik dll) hingga melampaui batas: Beliau memang ~ dlm politiknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fanatik | terlalu berlebihan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (politik dll) hingga melampaui batas: Beliau memang ~ dlm politiknya. | Kamus Pelajar |
fanatik | (orang yg) keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dgn keagamaan): Hj. Samad sangat ~ dlm hal agama; kefanatikan perihal fanatik: seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kefanatikan | perihal fanatik: seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mistik | 1. suluk, tasawuf: dlm hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; 2. keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban; kemistikan keadaan mistik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemazhaban | hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taasub | Ar kuat pegangan atau keyakinan yg keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik: mereka sangat ~ dan amat berbangga dgn keturunan dan kaum mereka; mentaasubi berlaku taasub kpd atau terhadap: kamu terlalu ~ kemajuan sehingga terlupa pd insan yg bersaudara denganmu; ketaasuban keadaan taasub. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taasub | terlalu kuat pegangannya atau berlebih-lebihan keyakinannya pd sesuatu; tegar hati; fanatik. | Kamus Pelajar |
taasub | terlalu kuat pegangannya atau berlebih-lebihan keyakinannya pd sesuatu; tegar hati; fanatik. mentaasubi taasub akan atau terhadap. ketaasuban keadaan atau sifat taasub. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
condong | 1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharusnya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyengetkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecenderungan, minat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |