farmasi | 1 kemahiran atau teknologi dlm penyediaan ubat-ubatan. 2 tempat ubat dan bahan-bahan perubatan disediakan, diberikan atau dijual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
farmasi | 1. kemahiran dan kegiatan (kerja) membancuh dan menyediakan ubat-ubatan; ahli ~ orang yg terlatih dlm bidang farmakologi, juruubat; 2. tempat ubat dan bahan-bahan perubatan diberikan, dispensari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ahli farmasi | orang yg terlatih dlm bidang farmakologi, juruubat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juruubat | ahli farmasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
farmaseutikal | /farmaséutikal/ berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi: industri ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
farmaseutikal | (farmaséutikal) berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi: industri ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
soporifik | 1 Farmasi (berkenaan dengan sst) menyebabkan tidur atau rasa mengantuk 2 Farmasi drug yang menyebabkan tidur | Kamus DBP versi dalam Talian |
pencantik | yg menjadikan (kelihatan) cantik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cantik I | sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) cantik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |