[fa.sakh] | فسخ
Definisi : Ar 1. pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak sahihnya nikah (spt perkahwinan adik-beradik seibu sebapa); 2. pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu (spt suami gila, lemah tenaga batin, dsb) atas aduan isteri; memfasakhkan membatalkan atau membubarkan ikatan perkahwinan (oleh mahkamah atau kadi): seseorang isteri boleh memohon perintah Mahkamah Syariah supaya ~ perkahwinan mereka jika ada sebab-sebab yg diharuskan oleh syarak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[fa.sakh] | فسخ
Definisi : pembatalan ikatan nikah oleh mahkamah syariah berdasarkan tuntutan oleh pihak isteri atau suami, atau kerana pernikahan itu menyalahi hukum nikah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)