keumuman | perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasal | 1 bahagian drpd bab; bahagian yg kecil drpd bahagian besar (undang-undang): Dlm bab yg pertama, ada 18 ~. 2 perkara atau tajuk (dlm percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3 ttg hal; mengenai: ~ makanan, serahkan kpd saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fasal | 1. bahagian drpd bab; bahagian yg kecil drpd bahagian besar (undang-undang): Dlm bab yg pertama, ada 18 ~. 2. perkara atau tajuk (dlm percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3. ttg (hal); mengenai: ~ makanan, serahkan kpd saya. | Kamus Pelajar |
fasal timbang tara | (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang tara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasal | Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undang-undang: bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~ itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4. kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;~ timbang tara (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang tara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayat | 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencari fasal (sebab) | sengaja berbuat sesuatu utk menimbulkan kekacauan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencari fasal | berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dia punya fasal | fasalnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasal | bp fasal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |