fasiq | Ar 1. tidak mempedulikan perintah Allah: golongan yg ~; 2. berdosa besar, buruk (jahat) perangai: jangan gila hendak membuat kerja yg ~ itu; 3. orang yg berdosa besar (buruk kelakuan, jahat); memfasiqkan menganggap (mengira, mengatakan, dll) fasiq; kefasiqan perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasiq | tidak mempedulikan perintah Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fasik | fasiq. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fasik | ®fasiq. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kefasiqan | perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfasiqkan | menganggap (mengira, mengatakan, dll) fasiq; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendosa | orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dosa | 1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ berikhtiar supaya dosa dapat diampunkan; ~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilakukan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama; berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. | Kamus Dewan Edisi Keempat |