Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (return of ) information about product etc , maklum balas; 2. (electr) suap balik. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata feedback


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suap balik(feedback)Kaedah penyambungan litar yang mengaitkan bahagian output dengan bahagian input melalui gelung tertutup. Ini membolehkan sistem menyelaraskan pengendalian litar secara berterusan dengan membandingkan isyarat output dengan isyarat input. Jika pengendalian sistem tidak lagi sejajar, suatu perbezaan akan wujud daripada perbandingan isyarat dan perbezaan isyarat ini akan digunakan untuk menyelaraskan litar supaya sistem menjadi sejajar semula.Kamus Komputer
maklum balas(feedback)Maklumat atau data yang diperoleh hasil daripada pengendalian dan digunakan untuk membolehkan pelarasan dibuat supaya keadaan pengendalian yang dikehendaki tercapai.Kamus Komputer
kawalan suap balik(feedback control)Kawalan sistem yang mengirim semula sebahagian daripada isyarat output kembali ke bahagian input. Kawalan suap balik membolehkan isyarat output yang tidak sejajar diselaraskan kembali secara automatik kepada aras isyarat yang dikehendaki.Kamus Komputer
isyarat suap balik(feedback signal)Sebahagian daripada isyarat output yang dikirim semula ke bahagian input untuk membolehkan pelarasan sistem secara automatik.Kamus Komputer

Kembali ke atas