fenol | /fénol/ ist nama biasa utk asid karbolik (yg biasanya digunakan dlm bahan pembasmi kuman). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fenol | (fénol) (Kim) 1. kumpulan sebatian organik aromatik yg mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil; 2. sebatian organik aromatik, berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat minyak wangi, pencelup, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fenol | /fénol/ ist nama biasa utk asid karbolik (yg biasanya digunakan dlm bahan pembasmi kuman). | Kamus Pelajar |
asid karbolik | ist sj asid yg digunakan utk membuat bahan pembunuh kuman, minyak wangi, pencelup, dll; fenol. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asid | larutan yg di dlmnya terdapat ion hidrogen dan apabila bertindak balas dgn logam atau bes, membentuk garam (kebanyakannya mengakis, berasa masam dan memerahkan kertas litmus). ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein. ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan. ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik (bahan pembunuh kuman) dan dlm pembuatan gentian kaca, porselin dsb. ~ hidroklorik ist larutan gas hidrogen klorida dlm air. Asid ini beracun dan berbau sengit, digunakan sbg reagen, dlm pemprosesan makanan, dlm pembersihan logam dll. ~ karbolik ist sj asid yg digunakan utk membuat bahan pembunuh kuman, minyak wangi, pencelup, dll; fenol. ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat. ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan. ~ sitrik ist asid yg tidak berwarna, larut dlm air dan terdapat dlm buah-buahan spt limau, oren, dan digunakan sbg bahan perisa. ~ sulfurik ist asid yg kuat, berbentuk cecair likat, berminyak, tidak berwarna, tidak berbau, sangat mengakis dan larut dlm air, digunakan sbg reagen, dan dlm membuat bahan letupan dan bahan pewarna. berasid terdapat asid di dlmnya (bkn larutan): minuman ~. mengasid menjadi asid. mengasidkan menjadikan sesuatu dlm bentuk asid: Bahan cemar boleh ~ air. keasidan keadaan berasid; banyaknya asid dlm sesuatu larutan. pengasidan perihal atau proses mengasidkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |