fesyen | (fésyen) gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dll, (terutamanya yg terbaru) yg menjadi kegemaran ramai: berbagai-bagai ~ rambut dapat kita lihat hari ini; berfesyen menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dlm cara berpakaian dll): spt gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~; memfesyenkan membuat atau membentuk mengikut fesyen: jangan sekali ~ rambut yg tidak sesuai dgn raut wajah, umur, atau tempat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fesyen | /fésyen/ potongan pakaian, rambut dll yg bersifat sementara dan akan berubah mengikut masa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fesyen | /fésyen/ potongan pakaian, rambut dll yg bersifat sementara dan akan berubah mengikut masa. | Kamus Pelajar |
kemas kini | 1 baru atau sedang berlaku; semasa. 2 memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya ~. mengemaskinikan 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemas kini | 1. baru atau sedang berlaku; semasa. 2. memperlihatkan atau menampakkan pembaharuan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya adalah yg ~. mengemaskinikan menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. | Kamus Pelajar |
eksperimentasi | (ékspérimentasi) perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) membuat atau melakukan eksperimen, biasanya dlm bidang seni spt seni lukis, seni teater dsb: fesyen ini merupakan ~ terhadap keupayaan pereka fesyen tempatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekor kuda | fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ekor kuda | (fesyen) rambut perempuan yg diikat dan berjuntai di belakang spt ekor kuda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eksotika | /éksotika/ sesuatu (spt fesyen pakaian dan makanan) yg luar biasa keistimewaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eksotika | (éksotika) (sesuatu spt fesyen, makanan dll) yg luar biasa keistimewaannya: filem mereka selalu memberikan gambaran klise tentang ~ Dunia Ketiga; kereta ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |