Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikiran

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul;
     fikiran singkat akal pun tumpul.

Bermaksud :

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
percikan1 sesuatu yg memercik (air dll): ~ air itu membasahi bajunya. 2 ki sesuatu yg dihasilkan dgn berpandukan buah fikiran orang lain: Dikatakan bahawa fikiran-fikiran Al-Maturidi sebenarnya merupakan ~ buah fikiran Abu Hanifah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedewasaanperihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi men­capai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
warastidak sakit (bkn fikiran); dpt menggunakan akal fikiran: kurang ~ (akalnya, otaknya) gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna. kewarasan hal atau keadaan waras.Kamus Pelajar Edisi Kedua
angan-angan1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (sese­orang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mung­kin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
angan1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal; 2. Mn maksud, niat; ~ lalu, faham tertumbuk prb menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar; angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (sese­orang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong mele­­nyap­­­­kan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mung­kin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; ~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; ~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggi-tinggi; ~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg terlampau tinggi; berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan memba­yang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengela­mun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya; mengangankan, mengangan-angankan 1. men­cita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg diangan-angan­kan utk dijadikan isterinya; 2. membayang­kan dlm fikiran, mengkhayalkan; terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran, terlukis dlm khayalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengasah budi= ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
ciptaangan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadi­kan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil keseni­an: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertenang fikiran (perasaan)a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur;Kamus Dewan Edisi Keempat
membulatkan fikiran (hati, kemahuan, tekad, dll)menetapkan fikiran dll, mengarahkan fikiran dll kpd;Kamus Dewan Edisi Keempat
berotak1. mempunyai fikiran, berakal, ber­fikiran: ia seorang yg ~; tidak ~ tidak ber­fikiran (berakal); 2. mempunyai otak: ~ geli­ga; ~ udang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas