perkahwinan | 1. perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fiksyen | 1. karya sastera yg dicipta drpd imaginasi spt novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yg diada-adakan; memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfiksyenkan | menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
majalah | terbitan berkala yg mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dll; ~ bergambar majalah yg sebahagian besarnya diisi dgn gambar; ~ ilmiah majalah yg mengandungi makalah yg bersifat ilmiah. permajalahan hal yg berkaitan dgn majalah: Simposium Dunia P~ Melayu 2003. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dialog | 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pemandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cereka (ceréka) | cerita (kisah dsb) yg dikarang dan bukannya yg berasaskan kejadian atau peristiwa yg sebenarnya telah berlaku, cerita rekaan, fiksyen; ~ sains cereka tentang pengembaraan di angkasa lepas, dunia khayalan, kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg dijangkakan pd masa depan; filem ~ filem yg berasaskan atau yg menunjukkan cereka; mencerekakan 1. menjadikan cerita (kisah, dll); 2. menceritakan atau mengisahkan sesuatu: peristiwa itu dicerekakan oleh ayahnya sewaktu dia masih kecil; pencerekaan perihal (perbuatan) mencerekakan sesuatu (cerita, teks, dll): kritikan ini mengambil kira unsur ~ teks sastera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kahwin | 1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), beristeri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, berjimak; ~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id pernikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas paksaan atau desakan orang lain (tidak dgn sepenuh kerelaan pengantin lelaki atau perempuan); mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (mencantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; perkahwinan 1. perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |