filaria | (Ubat) sj cacing parasit drpd famili Filariidae yg hidup di dlm darah dan tisu haiwan vertebrat yg mengakibatkan penyakit filariasis, biasanya disebarkan oleh serangga tertentu spt nyamuk dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacing filaria | cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penyakit untut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biar-biar | sj cacing kecil (dlm perut), Filaria loa; ~ naik ke mata prb jangan dilalaikan sesuatu yg akan mendatangkan bahaya kpd diri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
filariasis | (Ubat) sj penyakit yg menjejaskan sistem limfa akibat serangan cacing filaria. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elefantiasis | (éléfantiasis) (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, untut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untut | 1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis; harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak memperelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacing | beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penyakit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |