menabur fitnah | membuat fitnah merata-rata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fitnah | tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fitnah-memfitnah | saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gunjing | Mn fitnah, umpat; ~ gujirak (gujirat) berbagai-bagai fitnah; menggunjing memfitnah, mengumpat, mengata-mengatai (orang dsb); menggunjingkan memfitnahkan, mencaci (orang), memperkatakan keburukan (orang dsb); gunjingan umpat-mengumpat, perbualan (percakapan) memfitnah atau mengata-ngatai orang: masing-masing adalah spt ~ rendahan seorang suri rumah dgn suri rumah jirannya mengenai kejelikan seorang suri rumah lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fitnah | tuduhan jahat yg sengaja dibuat utk memburuk-burukkan seseorang: Tuduhan itu ~ semata-mata. memfitnah membuat fitnah; memburuk-burukkan nama orang dsb; menuduh (kerana tujuan jahat): Dia mencuba ~ aku, supaya aku ditangkap polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fitnah | tuduhan jahat yg sengaja dibuat utk memburuk-burukkan seseorang: Tuduhan itu ~ semata-mata. memfitnah membuat fitnah; memburuk-burukkan nama orang dsb; menuduh (kerana tujuan jahat): Dia mencuba ~ aku, supaya aku ditangkap polis. | Kamus Pelajar |
pesonaan | kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfitnah | membuat fitnah; memburuk-burukkan nama orang dsb; menuduh (kerana tujuan jahat): Dia mencuba ~ aku, supaya aku ditangkap polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jujat | sl fitnah, celaan, umpat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gujirat | Mn fitnah, umpatan, gunjing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |