rekod fizikal(physical record) | 1. Kumpulan rekod yang diolah secara fizikal sebagai satu unit. Satu rekod fizikal boleh mengandungi lebih daripada satu rekod logik. 2. Dokumen atau bahan cetakan yang digunakan sebagai rekod. | Kamus Komputer |
terapi | (térapi) rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan; ~ pekerjaan aktiviti fizikal atau mental yg dilakukan utk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yg dihadapi oleh seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fizikal | 1 ttg badan (yg berlawanan dgn moral atau rohani); jasmani: kekuatan ~. 2 ttg keadaan alam semula jadi: geografi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fizikal | 1. bkn badan, jasmani: latihan ~; 2. bkn kebendaan atau keadaan alam semula jadi: geografi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fizikal | 1. ttg badan (yg berlawanan dgn moral atau rohani); jasmani: kekuatan ~. 2. ttg keadaan alam semula jadi. geografi ~. | Kamus Pelajar |
terapi pekerjaan | aktiviti fizikal atau mental yg dilakukan utk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yg dihadapi oleh seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keselamatan fizikal(physical security) | Peranti keselamatan, seperti penggera, penderia, kawalan pengawal, kunci, dan rantai yang digunakan untuk melindungi sistem komputer daripada pencerobohan secara fizikal. | Kamus Komputer |
lapisan fizikal(physical layer) | Lapisan pertama model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan ciri-ciri mekanik, elektrik, fungsi, dan tatacara untuk menubuhkan, menyelenggarakan, dan melepaskan sambungan fizikal peralatan. | Kamus Komputer |
penyelakuan analog(analog simulation) | Penggunaan sistem analog, seperti sistem elektrik, untuk mewakili sistem fizikal yang sebenar. Sistem elektrik yang digunakan sebagai model ialah tamsilan kepada sistem fizikal tersebut kerana ciri pemboleh ubah yang digunakan untuk mewakili kedua-dua sistem adalah setara dari segi matematik. | Kamus Komputer |
kimia fizikal | cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |