fonetik (fonétik) | ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transkripsi fonetik | ~ fonetik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonetik, mis [poko/]; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fonetik | /fonétik/ ist ilmu ttg alat pengucapan serta bunyi-bunyi yg dihasilkan dlm sesuatu bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fonetik | /fonétik/ ist ilmu ttg alat pengucapan serta bunyi-bunyi yg dihasilkan dlm sesuatu bahasa. | Kamus Pelajar |
transkripsi | 1. (penyediaan) skrip atau teks yg penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dll atau drpd rakaman ucapan dll; 2. penukaran bahan bertulis drpd sesuatu bentuk ke dlm bentuk lain (mis yg menggunakan sistem fonetik, huruf dlm abjad lain, dll); ~ fonemik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonem, mis /pokok/ dan /nyanyi/; ~ fonetik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonetik, mis [poko/]; mentranskripsikan membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem fonetik(phonetic system) | 1. Sistem yang menggunakan data berasaskan maklumat fonem suara untuk menjanakan suara tiruan. 2. Sistem susunan fonem yang membentuk bunyi atau pertuturan. | Kamus Komputer |
kaji bunyi bahasa | pengkajian bunyi ucapan, fonetik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji bunyi | pengkajian bunyi, akustik; ~ bahasa pengkajian bunyi ucapan, fonetik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fonometrik | (fonométrik) (Lin) analisis dan huraian bahasa lisan yg berdasarkan kaedah fonologi, fonetik dan statistik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambang | 1. tanda yg menyatakan atau mengenalkan sesuatu (spt bendera, lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm transkripsi fonetik atau sistem tulisan; berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru itu masih belum ~; berlambangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan; melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg pemimpin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; istilah baru dicipta utk ~ benda-benda baru; perlambangan perihal (perbuatan dsb) menggunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksudkan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; perlambang lambang: pelambang lambang: Uda dan Dara selalu disebut sbg ~ cinta kasih yg teguh dan murni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |