fotografi | seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fotokopi | salinan fotografi bahan bertulis, bercetak, atau grafik; memfotokopi menghasilkan fotokopi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hologram | (Fiz) imej fotografi tiga dimensi yg terbentuk oleh alur laser. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telefoto | (téléfoto) berkaitan dgn sistem kanta fotografi yg digunakan utk menghasilkan imej besar dan jelas sesuatu objek jauh: kanta ~ sj kanta yg digunakan utk mengambil gambar secara telefotografi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fototipografi | (Cetak) proses pencetakan yg melibatkan penggunaan fotografi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sensitometer | (sénsitométer) (Fiz) alat utk mengukur kepekaan bahan fotografi terhadap cahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fotolitografi | (Cetak) proses atau teknik mencetak litograf dgn menggunakan plat yg disediakan atau dibuat secara fotografi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
emulsi | (émulsi) (Kim) 1. koloid yg merupakan campuran dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya, mis susu; 2. bahan peka cahaya yg terdapat pd permukaan filem fotografi; cat ~ sj cat yg pigmennya terampai, biasanya dlm resin sintetik, yg tersebar dlm air sbg emulsi; pengemulsian 1. proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tersebut; 2. proses menambahkan bahan kimia kpd sesuatu emulsi utk mengekalkan keadaan emulsinya; pengemulsi 1. bahan kimia yg ditambahkan kpd bahan lain dlm keadaan emulsi, spt makanan, utk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah, mis lesitin dlm marjerin; 2. alat, spt mesin pengisar utk membuat emulsi secara mengaduk atau menggoncang campuran dua atau lebih cecair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kripton | ist unsur bukan logam, berbentuk gas yg tidak berwarna, tidak berbau, terdapat dlm udara sebanyak 0.001% mengikut isi padu, dan digunakan dlm membuat lampu pendarfluor, dlm laser dan fotografi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |