francaisi | orang (syarikat, firma dsb) yg diberi francais, pemegang francais: ~ berpeluang menjalankan perniagaan dgn kaedah pengurusan yg terbukti kejayaannya; syarikat itu menawarkan peluang kpd mereka yg berminat menjadi ~ pasar raya mini ikannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
francais | hak atau kebenaran yg diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kpd pengusaha utk memasarkan barangannya atau perkhidmatan yg diasaskannya. memfrancaiskan memberikan hak atau kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
francais | hak atau kebenaran istimewa yg diberikan (dgn syarat dan bayaran tertentu) oleh syarikat induk (pemilik) kpd pengusaha utk memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan; memfrancaiskan memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kpd seseorang, syarikat dsb: syarikat itu merancang utk ~ produk keluarannya kpd individu atau syarikat yg berminat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfrancaiskan | memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kpd seseorang, syarikat dsb: syarikat itu merancang utk ~ produk keluarannya kpd individu atau syarikat yg berminat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
francaisor | syarikat induk yg memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kpd pengusaha: ~ itu benar-benar ingin melihat kejayaan semua francaisinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawalseliaan | perihal (proses atau perbuatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawal selia | tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dsb supaya dapat berjalan dgn betul dan lancar selaras dgn aturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan: ~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara; pendisiplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yg baik; mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; pengawalseliaan perihal (proses atau perbuatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui; pengawal selia pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |