Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; ~ betina sj tumbuhan (pokok), Aporosa aurea; ~ gajah sj tumbuhan (pokok menumpang), Eria teretifolia; ~ jantan sj tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, Xanthophyllum affine; ~ tulang sj tumbuhan (pokok), Randia racemosa; seri ~ bunga yg ada sangkut-pautnya dgn taman asmara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1 taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2 = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1 menikam dgn gading. 2 menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; gading-gading 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gading

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gading II; gading-gading 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gading IIgading-gading 1. kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2. bingkai roda.Kamus Pelajar
gading-gading1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gading-gading rimbasj tumbuhan (pokok renek), Tarenna wallichii.Kamus Dewan Edisi Keempat
gading-gading II1. sj tumbuhan (pokok), Diplospora malaccense; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Greenia corymbosa; 3. sj tumbuhan (pokok), Prismatomeris malayana; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Tarenna wallichii.Kamus Dewan Edisi Keempat
gading-gading I1. tulang rusuk pd lambung perahu; 2. lingkaran pd roda.Kamus Dewan Edisi Keempat
kayu sesikugading­-gading;Kamus Dewan Edisi Keempat
pisang-pisang Isj gading-gading (bahagian rangka perahu).Kamus Dewan Edisi Keempat
pelek(pélek) IB bingkai roda, gading-gading roda.Kamus Dewan Edisi Keempat
langsitsj tumbuhan (pokok belukar), gading­-gading, nasi-nasi, susun kelapa hutan, tulang­-tulang, Prismatomeris malayana.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas