menyengget | men-jolok (mengait) dgn galah: bunyi galah Sumi ~ buah nangka bertambah nyata terdengar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengget II | (sénggét) Jk; menyengget men-jolok (mengait) dgn galah: bunyi galah Sumi ~ buah nangka bertambah nyata terdengar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galah sanggamara | galah yg berkait hujungnya utk mengait perahu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galah canggah | galah yg bercabang hujungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galah sanggamara | galah yg berkait utk menolak atau meraih perahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galah canggah | galah yg bercabang hujungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galah pancang (unjam) | galah yg dipancangkan utk menambat perahu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galah pancang (unjam) | galah yg ditancapkan utk menambat perahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loncat I | lompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki bersama-sama (burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan); ~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi; berloncat melompat-lompat: unggas berterbangan dan tupai ~ di atas pokok di dlm dusun itu; berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; meloncat-loncat meloncat berulang kali; meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati; meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan; terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu; terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat gelisah (resah); loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galah | 1. kayu panjang (utk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dll); 2. sj tombak atau lembing pemburu babi hutan; ~ canggah galah yg bercabang hujungnya; ~ jemur kayu yg dipasang melintang antara dua tiang dgn pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sbg tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain; ~ pancang (unjam) galah yg ditancapkan utk menambat perahu; (main) ~ panjang permainan kanak-kanak (dgn membuat petak-petak atau garis-garis di tanah); ~ sanggamara galah yg berkait utk menolak atau meraih perahu; bagai ~ dijual prb Mn sudah habis hartanya (kerana berjudi dll); bagai ~ di tengah arus prb a) sangat gementar; b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dll); bergalah menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan; menggalah amat tinggi: tinggi ~;menggalah(kan) menolak (sampan) dgn memakai galah;sepenggalah sepanjang atau setinggi galah; matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |