galas | 1 kayu yg diletakkan di bahu utk membawa barang-barang; kandar. 2 barang-barang yg dibawa dgn menggunakan kandar. menggalas 1 membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2 memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galas | 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak menguntungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perdagangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galas | 1. kayu yg diletakkan di bahu utk membawa barang-barang; kandar. 2. barang-barang yg dibawa dgn menggunakan kandar. menggalas 1. membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2. memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras. | Kamus Pelajar |
pikul | 1. barang yg diangkat dgn galas di atas bahu: membeli se~ air minum; 2. ukuran berat yg besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5 kg): harga lima ~ beras ialah RM150; berpikul-pikul beberapa pikul; memikul 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggungjawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; memikulkan 1. memikul beban utk orang lain; 2. meletakkan sesuatu di bahu utk dipikul; 3. membebankan, memberi menanggung, menyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dll) kpd: aturan-aturan baru yg dipikulkan kpd kita; terpikul 1. dapat atau berupaya dibawa di atas bahu: saya tidak ~ seguni beras itu; 2. ditanggung, terletak: kini tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya; 3. dapat ditanggung, terderita, tertahan: dia mengalami tekanan jiwa yg tidak ~ olehnya; pikulan 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban atau muatan yg dipikul; pemikul orang yg memikul beban. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memikul | 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggungjawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pikulan | 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban atau muatan yg dipikul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggalas | 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandar | 1 kayu dll yg digunakan utk memikul barang; galas; kandar. 2 bahagian lengan atau tangan dacing. 3 tempat memegang sesuatu alat spt cangkul, timba, yg biasanya dibuat drpd kayu. 4 = ~ roda batang besi dll yg menghubungkan sepasang roda dan dipasang di tengah-tengah roda tsb. menggandar memikul dgn menggunakan gandar. gandaran apa-apa yg digandar: Maka Laksamana pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah saudagar itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggalas | 1 membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2 memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gandar I | 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing, pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin; menggandar memikul, mengandar, menggalas; gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |