profil | 1. bentuk atau gambaran sesuatu sebagaimana yg dilihat dr sisinya; ~ sungai bahagian (gambaran) yg menunjukkan cerun (aliran) sungai dr hulunya ke muaranya; ~ tanah bahagian (gambaran) yg menunjukkan berbagai-bagai lapisan tanah; 2. gambaran yg menunjukkan (membayangkan) kedudukan (peranan dsb) sesuatu pd sesuatu masa: penulis mengalihkan perhatiannya kpd ~ bahasa di negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambaran | 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gambaran | 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambaran(pictorial) | Maklumat yang disampaikan dalam bentuk grafik. | Kamus Komputer |
gambaran | 1. hasil drpd menggambar; lukisan. 2. apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. | Kamus Pelajar |
persepsi | /persépsi/ gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu); pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan ~ masyarakat terhadap isu tsb. mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran ttg sesuatu: Objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membayangkan | 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persepsi | (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayangan) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membayang-bayangkan | 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatacahaya | sistem pencahayaan dlm penggambaran filem, pementasan dsb utk menghasilkan efek tertentu: kesan ~ kelihatan biasa dan kurang membantu menimbulkan suasana yg ceria;penatacahaya orang yg ahli dlm mengendalikan tatacahaya, terutamanya utk penggambaran filem, pementasan dsb: nilai artistiknya akan lebih tinggi sekiranya ~ berjaya memani-pulasikan warna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |