ganding | ; berganding berada dekat atau di sisi seseorang; berhampiran; berdekatan: Musa berjalan ~ dgn Adli. bergandingan 1 saling berpegangan (tangan); berangkaian: Mereka berjalan ~ tangan. 2 ada hubungannya; ada pertaliannya: Hari ini kita akan membincangkan hal-hal yg ~ dgn penanaman teh di Malaysia. 3 berhubungan atau berkaitan antara satu dgn yg lain; berangkaian: Gerabak kereta api itu ~. 4 bekerja dll bersama-sama; saling membantu: Semua rakyat Malaysia perlu ~ utk menjaga keamanan negara. mengganding 1 memegang tangan; memimpin: Saodah bersiar-siar di taman bunga sambil ~ anaknya. 2 menarik sesuatu benda yg berkait dgn benda yg menarik; menghela sesuatu yg bersambung dgn benda yg menghela: Sebuah kepala kereta api dpt ~ beberapa buah gerabak yg sarat dgn barang-barang. menggandingkan 1 menjadikan berhampiran letaknya; mendampingkan; mendekatkan: Si Tenggang pun ~ perahunya dgn kapal saudagar itu. 2 mengikat atau menghubungkan kpd sesuatu supaya ditarik: Ketika saya sampai di tempat itu, dia sedang ~ keretanya dgn sebuah lori. 3 menjadikan berhubungan (bertalian atau bersangkut paut); mempertalikan: Kita tidak boleh ~ perkara ini dgn perkara-perkara lain kerana tidak ada sangkut pautnya. gandingan apa-apa yg digandingkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganding III | sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganding II | Mn; gandingan banding, tanding; bergandingan berbanding dgn, berlawanan, bersaingan; menggandingkan membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganding I | ; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganding | berganding berada dekat atau di sisi seseorang; berhampiran; berdekatan: <i>Musa berjalan ~ dgn Adli.i> bergandingan 1. saling berpegangan (tangan); berangkaian: <i>Mereka berjalan ~ tangan.i> 2. ada hubungannya; ada pertaliannya: <i>Hari ini kita akan membincangkan hal-hal yg ~ dgn penanaman teh di Malaysia.i> 3. berhubungan atau berkaitan antara satu dgn yg lain; berangkaian:<i>Gerabak kereta api itu ~.i> 4. bekerja dll bersama-sama; saling membantu: <i>Semua rakyat Malaysia perlu ~ utk menjaga negara.i> mengganding 1. memegang tangan; memimpin: <i>Saodah bersiar-siar di taman bunga sambil ~ anaknya.i> 2. menarik sesuatu benda yg berkait dgn benda yg menarik; menghela sesuatu yg bersambung dgn benda yg menghela: <i>Sebuah kepala kereta api dpt ~ beberapa buah gerabak yg sarat dgn barang-barang.i> menggandingkan 1. menjadikan berhampiran letaknya; mendampingkan; mendekatkan: <i>Si Tenggang pun ~ perahunya dgn kapal saudagar itu.i> 2. mengikat atau menghubungkan kpd sesuatu supaya ditarik: <i>Ketika saya sampai di tempat itu, dia sedang ~ keretanya dgn sebuah lori.i> 3. menjadikan berhubungan (bertalian atau bersangkut paut); mempertalikan: <i>Kita tidak boleh ~ perkara ini dgn perkara-perkara lain kerana tidak ada sangkut pautnya.i> gandingan apa-apa yg digandingkan. | Kamus Pelajar |
gandang | sj tumbuhan (pokok), ganding, kesinga, merpuing, mersinga, Carallia brachiata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesinga | sj tumbuhan (pokok), bongkok, gandang, ganding, merpoi, merpuing, mersinga, tengkawa, Carallia brachiata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berenteng-renteng | 1. beruntai-untai; 2. berendeng-rendeng, berganding-ganding, beruntun-runtun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renteng | (rénténg) Jk; serenteng serangkai, seuntai (mercun dll); berenteng-renteng 1. beruntai-untai; 2. berendeng-rendeng, berganding-ganding, beruntun-runtun; merenteng; ~ mercun membakar mercun seuntai (tidak satu-satu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |