Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.di.ngan] | ݢانديڠن

Definisi : banding, tanding; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.di.ngan] | ݢانديڠن

Definisi : benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.di.ngan] | ݢانديڠن

Definisi : apa-apa yg digandingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandingan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gandinganapa-apa yg digandingkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gandinganbanding, tanding;Kamus Dewan Edisi Keempat
gandinganbenda yg digandingkan (di samping atau di belakang).Kamus Dewan Edisi Keempat
gandinganapa-apa yg digandingkan.Kamus Pelajar
bintang gandinganpelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem;Kamus Dewan Edisi Keempat
ganding IIMn; gandingan banding, tanding; bergandingan berbanding dgn, berlawanan, bersaingan; menggandingkan membandingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembebanan saluran(channel loading)Keadaan saluran penghantaran yang dibebankan oleh litar gandingan.Kamus Komputer
penyambung betina(female connector)Peranti penyambungan yang bahagian penyambungnya termasuk ke dalam atau berlubang untuk menerima bahagian peranti penyambung jantan. Kaedah ini membolehkan gandingan dua penyambung berlainan dijadikan ketat dan tidak mudah terlucut.Kamus Komputer
penyambung jantan(male connector)Peranti penyambungan yang bahagian penyambungnya terunjur ke luar atau berpin. Bentuk unjuran atau pin ini sepadan dengan lubang pada bahagian peranti penyambung betina. Kaedah ini membolehkan gandingan dua penyambung berlainan dijadikan ketat dan tidak mudah terlucut.Kamus Komputer
ganding I; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, memper­talikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas