Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.gu] | ݢڠݢو

Definisi : ; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan ke­amanan; terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu; pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.gu] | ݢڠݢو

Definisi : ; mengganggu 1 berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2 menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. terganggu mendapat halangan atau rintangan; terhalang: Siaran televisyen telah ~ kerana kerosakan alat pemancarnya. gangguan apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. penggangguan perbuatan mengganggu. pengganggu orang yg (suka) mengganggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganggu


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ganggu; mengganggu 1 berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2 menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. terganggu mendapat halangan atau rintangan; terhalang: Siaran televisyen telah ~ kerana kerosakan alat pemancarnya. gangguan apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. penggangguan perbuatan mengganggu. pengganggu orang yg (suka) mengganggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ganggu-gugat; mengganggu-gugat mengganggu dan mendakwa, memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan: raja yg berkuasa tidak boleh diganggu-gugat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganggu; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan ke­amanan; terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu; pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganggumengganggu 1. berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2. menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. terganggu mendapat halangan atau rintangan; terhalang: Siaran televisyen telah ~ kerana kerosakan alat pemancarnya. gangguan apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. penggangguan perbuatan mengganggu. pengganggu orang yg (suka) mengganggu.Kamus Pelajar
merundung1. mengacau, meng­ganggu, menyusahkan: ia ~ suaminya dgn meminta dibelikan itu dan ini; 2. menimpa (bkn kemalangan, kesusahan, dll): selalu dirundung malang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelapi1. merasuk, meng­ganggu (roh jahat dll): diselap hantu; 2. menimpa, menyerang (penyakit dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
rundung; merundung 1. mengacau, meng­ganggu, menyusahkan: ia ~ suaminya dgn meminta dibelikan itu dan ini; 2. menimpa (bkn kemalangan, kesusahan, dll): selalu dirundung malang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelap, menyelapi 1. merasuk, meng­ganggu (roh jahat dll): diselap hantu; 2. menimpa, menyerang (penyakit dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kucai IIIPn, Kd kacau, ganggu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengusikorang yg (suka) mengusik, peng-ganggu.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas