ganjaran | 1 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg tanda telah berjasa; hadiah pembalas jasa: Dia telah pun menerima ~ atas jasa yg telah dilakukannya. 2 balasan perbuatan jahat; hukuman: Seseorang yg berbuat jahat, lambat laun pasti akan menerima ~nya juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganjaran | 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjaran | 1. sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg tanda telah berjasa; hadiah pembalas jasa: Dia telah pun menerima ~ atas jasa yg telah dilakukannya. 2. balasan perbuatan jahat; hukuman:Seseorang yg berbuat jahat, lambat laun pasti akan menerima ~nya juga. | Kamus Pelajar |
bonus | 1. bayaran tambahan pd gaji dll sbg pemberian (ganjaran); 2. bayaran faedah kpd pemegang polisi syarikat insurans atau pemegang saham; ~ saham ganjaran kpd kakitangan dlm bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yg murah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancing-memancing | ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balas I | 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahala | ganjaran drpd Tuhan (kerana berbuat baik), lwn dosa: orang-orang yg bersedekah akan menerima ~ drpd Allah; berbuat ~ berbuat kebaikan; berpahala mempunyai pahala: lebih baik mati segera dgn ~ drpd hidup lama bergelumang dosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gratuiti | ganjaran biasanya berupa wang yg diberikan oleh majikan kpd pekerja yg berhenti atau bersara sbg penghargaan kpd perkhidmatan yg telah diberikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bonus saham | ganjaran kpd kakitangan dlm bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yg murah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadiah sagu hati | hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya sepenuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |