garaj | bangunan atau bahagian bangunan tempat menyimpan kenderaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jualan garaj | jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jualan | 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pelanggan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan mendapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandang mobil | Id setal kereta, garaj; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandang | 1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj; ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb memberi kesempatan kpd orang yg membahayakan tetapi tidak melindungi orang yg kesusahan; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal; mengandangkan memasukkan ke dlm kandang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual | bp = berjual, menjual; ~ lagak menunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) sombong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual; berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi; berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang: di situ ramai juga orang ~; menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan dimintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak memperagakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) membuat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak menjual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk kepentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual; menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jualkan beta cincin ini; terjual 1. sudah dijual: semua barang dagangan di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pelanggan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan mendapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |