Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garam 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
garam1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.Kamus Dewan Edisi Keempat
garam1 benda yg berwarna putih serta masin rasanya (diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah). 2 sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid terhadap logam. ~ galian (mineral) garam yg diperoleh dr dlm tanah. bergaram ada garamnya atau (telah) dibubuhi garam: Masakan itu tawar kerana tidak ~. menggarami membubuh garam pd atau menggaul dgn garam; memberi bergaram: Setelah dipindahkan ke tongkang, ikan-ikan ini disiang dan digarami sebelum disimpan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
garam1. benda yg berwarna putih serta masin rasanya (diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah). 2. sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid terhadap logam. ~ galian (mineral) garam yg diperoleh dr dlm tanah. bergaram ada garamnya atau (telah) dibubuhi garam: Masakan itu tawar kerana tidak ~. menggarami membubuh garam pd atau menggaul dgn garam; memberi bergaram: Setelah dipindahkan ke tongkang, ikan-ikan ini disiang dan digarami sebelum disimpan.Kamus Pelajar
asam I1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini; ~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam ber­­serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu; ~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gu­nung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (peker­jaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman; mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris; mengasami membubuh asam pd; mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
bergaram1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggaram1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak);Kamus Dewan Edisi Keempat
sepuh1 campuran tawas, garam dll utk menuakan warna emas. 2 lapisan logam yg tipis pd logam lain; sadur. 3 cara mengeraskan besi (pisau, cangkul dll) dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. bersepuh berlapis atau bersadur dgn sesuatu. menyepuh 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. 2 menyalut sesuatu logam dgn logam lain; menyadur. 3 menge­raskan besi dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. ~ lindap memanaskan logam (kaca dll) dan menyejukkannya perlahan-lahan supaya bahan tsb menjadi keras dan tidak rapuh. sepuhan sesuatu yg disepuh; hasil drpd menyepuh; saduran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
liat1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
asam1 (be)rasa spt rasa cuka; masam. 2 segala benda yg masam rasanya. ~ garam berbagai-bagai asam berserta garam. ~ gelugur (keping) buah gelugur yg telah dipotong-potong serta dikeringkan dan digunakan dlm masakan dsb. ~ jawa nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. mengasam membasuh sesuatu dgn asam: ~ keris. mengasamkan menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
asam1. (be)rasa spt rasa cuka; masam. 2. segala benda yg masam rasanya. ~ garamberbagai-bagai asam berserta garam. ~ gelugur (keping) buah gelugur yg telah dipotong-potong serta dikeringkan dan digunakan dlm masakan dsb. ~ jawa nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. mengasam membasuh sesuatu dgn asam: ~ keris. mengasamkan menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka.Kamus Pelajar
123456789

Kembali ke atas