Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ram.ga.ram] | ٢ ݢارم

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garam-garam

Puisi
 

Makan asam tidak bergaram,
     Garam ada di atas meja;
Melihat tuan kenangkan kawan,
     Kawanlah ada jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Garam jatuh di air.

Bermaksud :

Nasihat yang diterima dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
garam-garam; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Roucheria griffithiana.Kamus Dewan Edisi Keempat
akar garam-garamsj tumbuhan (pokok memanjat), Roucheria griffithiana.Kamus Dewan Edisi Keempat
asin Imasin, (be)rasa garam; merasai ~ garam sudah banyak pengalaman;mengasini membubuh garam (supaya ma­sin) pd;mengasinkan menjadikan asin; asinan buah-buahan atau sayur-sayuran yg diasinkan;keasinan perihal asin, rasa asin, kemasinan: ~ air laut.Kamus Dewan Edisi Keempat
tingkalgaram ~ sj garam habluran berwarna putih yg dapat larut dlm air (digunakan utk pateri), boraks.Kamus Dewan Edisi Keempat
garam1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.Kamus Dewan Edisi Keempat
asin Imempunyai rasa spt rasa garam; masin. mengasinkan membubuh garam supaya masin; merendam dlm air garam. asinan sayur-sayuran atau buah-buahan yg diasinkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ujian nyala(Kim) ujian utk me-nentukan jenis garam melalui warna nyala yg dilihat apabila garam tersebut dibakar (mis garam kalium menghasilkan warna ungu lembut, natrium warna kuning, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
garam siamgaram yg halus spt gula pasir;Kamus Dewan Edisi Keempat
garam lautgaram dr air laut;Kamus Dewan Edisi Keempat
garam galiangaram dr dlm tanah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas