rengsa I | (réngsa) 1. lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pendedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keridas | sj penyakit kulit yg menyebabkan rasa gatal-gatal, kurap yg sangat gatal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kadas keridas | sj penyakit kulit yg menyebabkan rasa gatal-gatal, kurap yg sangat gatal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenyam | 1 = merenyam-renyam berasa gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu, badannya ~. 2 ki gatal (bkn perempuan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renyam | ; merenyam 1 = merenyam-renyam berasa gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu, badannya ~. 2 ki gatal (bkn perempuan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gatal-gatal | terlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renyam; merenyam, merenyam-renyam | 1 berasal gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu badannya ~. 2 ki gatal (bkn perempuan). | Kamus Pelajar |
merenyam-renyam | berasa gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu, badannya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelemumur | 1 penyakit pd kulit kepala yg menyebabkan berasa gatal-gatal dan bersisik-sisik putih, Seborrhoeic dermatitis. 2 kulit (sel) mati yg berupa serbuk putih pd kulit kepala dan menyebabkan kepala berasa gatal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ruam panas | ruam yg gatal-gatal yg disebabkan oleh radang pd kelenjar peluh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |