Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sikap yg dpt dilihat drpd gerak-geri atau tingkah laku seseorang: Dia mempunyai ~ orang-orang besar. ~nya spt orang tua-tua, walaupun usianya masih muda. 2 cara melakukan sesuatu: Guru itu sedang menunjukkan ~ melompat yg baik kpd murid-muridnya. 3 cara atau rupa yg khusus mengenai sesuatu: Kebanyakan rumah di sana dibina menurut ~ Minangkabau. ~ bahasa cara penggunaan bahasa. 4 irama dan lagu dlm nyanyian dan muzik: Nyanyiannya mengikut ~ lagu Hindustan. 5 kesanggupan utk bergerak atau utk berbuat sesuatu; daya; tenaga: Sungguhpun sudah tua, tetapi masih kuat ~nya. ~ berat kuasa tarikan bumi. bergaya 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. menggayakan 1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Bermaksud :

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gaya bebasgaya berenang yg membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang;Kamus Dewan Edisi Keempat
stilistik1. kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dlm penulisan; 2. berkaitan dgn stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa penulisan: demikian juga, Umar Yunus dgn tegas mengatakan bahawa unsur ~ yg utama ialah ayat; saya tidak bermaksud menutup penerokaan ~ penulis.Kamus Dewan Edisi Keempat
editor kopieditor yg menyunting manuskrip dr segi ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa, dan gaya penulisan sesuai dgn gaya penerbit.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersendiri1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
deklamasi/déklamasi/ pembacaan sajak, puisi dsb dgn lagu dan gaya: ~ sajak. berdeklamasi membaca sajak, puisi dsb dgn lagu dan gaya. mendeklamasikan membaca (sajak, puisi dsb) dgn lagu dan gaya: Dia telah ~ sajak-sajaknya sejak setahun yg lalu. pendeklamasian perbuatan atau hal mendeklamasikan sajak, puisi dsb. pendeklamasi orang yg mendeklamasikan sajak, puisi dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lagak1. gaya atau pembawaan (yg me­nunjukkan keangkuhan, kesombongan, dll), tingkah laku dan tutur kata (yg menunjukkan kesombongan: ~nya spt orang kaya; 2. gaya, tingkah laku: ia menangis ~ anak yg dipukuli ibunya; ~ bahasa gaya bahasa (kata dan pe­ngucapannya); ~ lagam ark, ~ lagu pem­bawaan dan tutur bahasa; berlagak 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; melagak 1. membuat diri spt, berlagak: Rashid sewaktu-waktu masih ~ spt Jepun; 2. membuat orang lain berasa takut, menakut­nakuti, menggertak: pegawai itu tiada lain hanya hendak ~ orang miskin itu; melagakkan memperlihatkan kesombong­an, menyombongkan: tiada sesuatu yg hendak dilagakkan; pelagak 1. orang yg suka berlagak; 2. ark barang pakaian utk berhias.Kamus Dewan Edisi Keempat
gaya1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
gaya beratkuasa tarikan bumi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gaya bahasacara penggunaan bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gaya pegaskekuatan atau kuasa melen­ting;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas