gegak gempita | riuh-rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gegak gempita | riuh-rendah, sangat ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riuh-rendah | tersangat riuh; gegak gempita: Orang ramai pun bersorak-sorak dgn ~-rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
riuh-rendah | sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugup | 1. riuh-rendah, gegak-gempita, hiruk-pikuk: apabila letupan bergemuruh maka di dlm rumah kedengaran ~ dgn raung dan tangis perempuan; 2. bingung, kehilangan akal; 3. gagap: ia kelihatan ~ dan teragak-agak dlm adegan itu; menggugupkan menjadikan gugup; kegugupan perihal gugup, kebingungan; penggugup orang yg mudah menjadi gugup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegak-gempita | riuh-rendah; ®gegak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabung | adu, laga (ayam, lembu, dll): di gelang-gang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara; ~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah kpd nasib (untung-untungan); biar alah ~ asalkan menang sorak prb biar harta habis asalkan hati puas; bersabung 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; menyabung 1. mengadu, melaga (ayam): ia asyik dgn ~ dan berjudi saja; 2. ki meng-gadai, mempertaruhkan (nyawa dll): peng-hidupan yg berbahaya itu bererti ~ nyawa; ~ untung a) menyerah pd nasib; b) membawa nasib; sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll): maka ber-bunyilah guruh petir, kilat ~; menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan: beta hendak ~ ayam biring nenek itu; tersabung 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~ akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa); sabungan yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt ayam ~ prb sangat dimanjakan; persabungan 1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan; 2. tempat menyabung, gelang-gang; penyabungan perbuatan menyabung; penyabung orang yg menyabung: maka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegak gempita | bunyi yg sangat bising (tidak keruan); riuh-rendah: ~ gempita bunyi meriam hingga tidak kedengaran yg lain lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
riuh | bising (bkn bunyi suara orang bersorak dll); gempar, hingar bingar. ~-rendah tersangat riuh; gegak gempita: Orang ramai pun bersorak-sorak dgn ~-rendah. meriuhkan menyebabkan riuh; membisingkan; menggemparkan. keriuhan keadaan atau perihal riuh; kebisingan; kegemparan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersorak-sorai | berteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dll): semuanya ~ ria; ramai orang yg ~ dgn gegak-gempita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |